Lagi 9 hari, aku akan dirisik. Belum sampai setahun kami berkenalan. Tiba2 dalam tempoh dua bulan lg AMN dan aku akan rasmi bergelar suami isteri insya'Allah. Terlalu singkat mungkin untuk sampai ke tahap merancang wedding. Tapi macam itulah takdir yang tertulis. Tarikh nikah, sudah ditetapkan. Sebaik sahaja selesai urusan kursus kahwin nnt, kami tidak boleh berlengah-lengah lagi. Faster than a bullet, well. Beberapa kali tarikh nikah diubah atas beberapa sebab. Demi menyesuaikan tarikh dengan keadaan, akhirnya kami sepakat jugak memilih satu tarikh. Yang akan diwar-warkan kemudian nanti insyaallah.
Kalau ditanya perasaan aku, aku belum ada jawapan yang konsisten selain berasa syukur dan aneh. Memang aneh. Dalam beberapa bulan kenal, sudah siap berjumpa parents AMN dan on the way ke arah mendirikan rumah err… rumah tangga. Bercakap tentang perkahwinan memang merangsang penggunaan ayat skematik berciri poyo. Apa nak buat. Aku pon berasa semacam poyo secara tiba-tiba. Ye ye. Pathetically poyo.

Dari minggu lepas lg AMN sibuk membuat check list untuk apa yg patut kami buat, aduh bukan senang sebenarnya nk merancangan perkahwinan ini erk. Dulu segala benda dari sekecil2 kuman sehingga sebesar2 family aku yg urus kan. Kami pun dah start survey brg2 hantaran, dan ada beberapa barang yg kami dah beli. Aku yg cerewet plus serabut mcm2 benda rasa mcm serba tak kena, nasib baik AMN sabar dengan segala peragai aku. Next project this weekend.